Penilaian Formatif
merupakan penilaian yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Manakala, penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian untuk membezakan antara
peringkat pencapaain pelajar. Penilaian formatif dan penilaian sumatif
mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan yang boleh dilihat dari pelbagai aspek
iaitu konsep, tujuan, aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan, rekod dan
tindakan. Jadual berikut menjelaskan ciri-ciri perbezaan antara kedua-dua jenis
penilaian tersebut.
Aspek
|
Penilaian Formatif
|
Penilaian Sumatif
|
Konsep
|
Satu jenis
ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas.
|
Satu jenis
ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap
persekolahan.
|
Tujuan
|
Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan pengajaran
dan pembelajaran dengan kadar segera.
|
Mengesan
pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan
gred murid di dalam kelas.
|
Aktiviti
|
Menjalankan
ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau
menyeluruh.
|
Menjalankan
ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan.
|
Masa
|
Semasa sesi
pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.
|
Semasa
semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).
|
Bentuk
|
Ujian tidak
formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (melibatkan ujian
kertas pensel dalam masa yang singkat).
|
Formal (ujian
kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut
kesesuaiannya.
|
Sasaran
|
Secara
individu, kumpulan atau kelas.
|
Secara kelas
atau tingkatan
|
Liputan
|
Meliputi
sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)
|
Meliputi
beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan
|
Rekod
|
Tiada (bagi
ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi
ujian formal)
|
Penggunaan
rekod profil atau pensijilan.
|
Tindakan
|
Memperbaiki
kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan
di dalam kelas.
|
|
Bibliografi
Ahmad Rohani (2004). Pengelolaan Pengajaran.
Jakarta : PT Asdi Mahasatya.
Azizi Ahmad dan Mohd Isa Awang (2008). Pengukuran
dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2013). Falsafah dan Pendidikan
Malaysia.Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sufean Hussin (2008). Pendidikan di Malaysia :
Sejarah Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.